ANKARA — Satu perlanggaran berantai pelbagai kenderaan membabitkan dua bas mini dan dua bas yang membawa pekerja menyebabkan 31 orang cedera pada Selasa di Ankara, ibu negara Türkiye, lapor Agensi Anadolu.
Kemalangan itu berlaku di daerah Cubuk dan mengakibatkan kecederaan kepada 31 orang, yang dibawa ke hospital tempatan.
Keadaan mangsa yang cedera adalah stabil dan tidak mengancam nyawa, lapor Anadolu.
XINHUA