Qatar akan buka semula kedutaan di Syria pada Selasa

DOHA – Qatar mengumumkan pada Ahad ia akan menyambung semula operasi di kedutaannya di Syria, berkuat kuasa Selasa, dengan Khalifa Abdullah Al Mahmoud Al Sharif dilantik sebagai kuasa usaha.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri Qatar menyatakan langkah ini menandakan pemulihan hubungan diplomatik dengan Syria selepas berehat selama 13 tahun.

Kementerian itu menekankan, pembukaan semula kedutaan itu akan meningkatkan usaha kemanusiaan berterusan Qatar, termasuk pengangkutan udara bekalan bantuan bagi menyokong rakyat Syria semasa fasa peralihan dan menangani keperluan kemanusiaan yang mendesak.

Qatar mengumumkan pada Rabu untuk membuka semula kedutaannya di Damsyik, beberapa hari selepas pakatan militan diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menggulingkan bekas Presiden Bashar al-Assad minggu lalu.

Qatar menutup kedutaannya di Damsyik pada 2011 berikutan tercetusnya protes anti-kerajaan di Syria.

XINHUA