Angka kematian dalam insiden bangunan runtuh di ibu kota India meningkat kepada 11

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 11 lagi cedera pada Sabtu selepas sebuah bangunan kediaman bertingkat runtuh di wilayah ibu kota India di Delhi, kata polis.

Bangunan itu runtuh di kawasan Mustafabad di daerah timur laut Delhi pada awal pagi Sabtu.

Berikutan bangunan runtuh, Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), bomba, polis dan penduduk tempatan menjalankan usaha menyelamat di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa terselamat dan yang maut dari serpihan.

Rakaman kamera televisyen litar tertutup mendedahkan bangunan itu runtuh pada 2:39 pagi (waktu tempatan) Sabtu.

Laporan menyebut 22 penghuni yang sedang tidur pada masa itu di dalam bangunan itu terperangkap berikutan keruntuhannya.

Pegawai Perbadanan Perbandaran Delhi memberitahu media tempatan bangunan itu berusia sekitar 20 tahun.

Punca bangunan runtuh sedang dipastikan.

XINHUA