HOUSTON – Seorang remaja lelaki yang membunuh empat ahli keluarga ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh di negeri New Mexico di Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Ahad.
Diego Leyva, 16, ditahan selepas dia menghubungi 911 pada pagi Sabtu dan memberitahu polis bahawa dia telah membunuh keluarganya di kediaman mereka di Belen, New Mexico, menurut Pejabat Syerif Daerah Valencia.
Suspek telah didakwa dengan empat pertuduhan membunuh tahap pertama bagi pembunuhan empat kali terhadap keluarganya, kata polis.
Apabila pegawai polis tiba, Leyva berjalan keluar dari kediaman itu dengan tangan di atas dan sangat mabuk, lapor media tempatan.
Polis kemudian memasuki kediaman itu dan menemui empat mangsa yang kelihatan mati ditembak.
Ia kemudiannya dikenal pasti bahawa mangsa berusia dari 14 hingga 42 tahun, semua adalah ahli keluarga suspek remaja itu.
XINHUA