Cameron Highlands destinasi segar dengan kehijauan alam

Cameron Highlands destinasi segar dengan kehijauan alam

Tanah Tinggi Cameron atau popular disebut Cameron Highlands ialah sebuah destinasi tidak asing bagi rakyat Malaysia bahkan mereka dari luar negara.

Lokasinya di tempat tinggi (1,829 meter dari aras laut) di Pahang dengan suhu yang agak sejuk. Namun sesetengah orang mengatakan mutakhir ini tidak sejuk seperti dahulu.

Kedudukannya agak strategik iaitu menghubungkan Kelantan dan Perak, seperti ia berada satu titik bersegi tiga.

Justeru mereka dari Kelantan atau Perak dan negeri lain berdekatan biasanya tidak ketinggalan untuk singgah di lokasi ini – sambil merasai udara segar dan menjamu mata, membeli sayur segar dan teh – apabila menggunakan laluannya untuk pulang ke kampung halaman atau tempat kediaman.

Menurut Wikipedia, tempat ini diteroka William Cameron sekitar 1885, ketika melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak.

Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 200 kilometer. Ia boleh diakses melalui Tapah dan Simpang Pulai (Perak), Gua Musang (Kelantan) dan Sungai Koyan (Pahang).