Kereta dipandu ke dalam kumpulan orang ramai di pasar Krismas Jerman

Perkhidmatan kecemasan ke (tempat) insiden di pasar Krismas di Magdeburg, Jerman. (dpa melalui AP)

BERLIN – Sebuah kereta dipandu ke dalam sekumpulan orang ramai di pasar Krismas di bandar Magdeburg di timur Jerman pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pemandu kereta itu telah ditahan, kata agensi itu, memetik pegawai kerajaan tidak dikenali di negeri Saxony-Anhalt.

Tiada maklumat segera sama ada orang terbunuh atau cedera.

Magdeburg, terletak di barat Berlin, adalah ibu negeri Saxony-Anhalt dan mempunyai kira-kira 240,000 penduduk.

AN/20 Dis 2024/19:07