JAKARTA — Satu letupan gas mengorbankan dua orang dan memusnahkan lima rumah berjiran di wilayah Jawa Timur Indonesia pada Isnin.
Menurut laporan awal, kejadian berlaku di sebuah rumah milik anggota polis tempatan yang terletak di kampung Sumolawang di wilayah Mojokerto kira-kira jam 8:30 pagi. Mangsa yang maut ialah seorang ibu dan bayi, maut selepas dihempap runtuhan rumah, laporan itu berkata.
Pemilik rumah dan keluarganya tiada di lokasi ketika kejadian.
Pasukan penyiasat Polis Mojokerto dan polis wilayah kini sedang menyiasat punca utama letupan.
“Kami masih menyiasat punca sebenar letupan. Kami telah mendapatkan beberapa barang yang ditemui di tempat kejadian untuk pemeriksaan lanjut,” kata Ketua Polis Mojokerto, Ihram Kustaro kepada media tempatan.
XINHUA