BEIRUT – Kementerian kesihatan Lubnan berkata serangan dron Israel di selatan membunuh seorang pada Sabtu, serbuan maut terbaru walaupun gencatan senjata lebih dua minggu antara Israel dan Hizbullah.
“Serangan dron musuh Israel… membunuh seorang” di daerah Marjayoun, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.
Agensi Berita Nasional (NNA) melaporkan sebuah kereta menjadi sasaran.
AN-AFP