MOSCOW – Rusia melakukan serangan besar-besaran ke atas infrastruktur tenaga Ukraine sebagai tindakan balas terhadap penggunaan peluru berpandu ATACMS dibekalkan Amerika Syarikat oleh Kyiv, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat.
Kementerian itu berkata bahawa senjata dan dron jarak jauh berasaskan udara dan laut digunakan terhadap “kemudahan kritikal bahan api dan infrastruktur tenaga Ukraine yang menyokong kompleks industri ketenteraan.”
Terdahulu pada Jumaat Ukraine berkata bahawa Rusia telah melancarkan serangan peluru berpandu berskala besar ke atas kemudahan tenaga Ukraine semasa waktu sibuk pagi pada Jumaat.
AN-REUTERS