JERUSALEM — Pasukan di Yaman melancarkan peluru berpandu ke arah tengah Israel pada Isnin, mencetuskan siren di Tel Aviv dan bandar-bandar lain, kata tentera Israel.
Sistem pertahanan udara Israel memintas peluru berpandu itu, dan “siren berbunyi kerana kemungkinan serpihan jatuh dari pemintasan,” kata tentera dalam satu kenyataan.
Perkhidmatan penyelamat Magen David Adom Israel berkata tiada kecederaan dilaporkan.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Sejak November tahun lalu, kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar utara Yaman, telah melakukan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran di Israel, didakwa menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin di tengah-tengah konflik mereka dengan Israel di Semenanjung Gaza.
XINHUA